Pengikut

Isnin, 11 Mac 2024

Back To School - 11 Mac 2024

Cuti Penggal Akhir Persekolahan sessi 2023/2024 secara rasminya berakhir semalam 10/3/2024 bagi Negeri-Negeri Kumpulan B (Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor)....dan secara rasminya hari ini - 11/3/2024 bermulanya hari pertama persekolahan sessi 2024/2025. Bermula semula hari yang sibuk, bangun seawal pagi, berlari buat itu dan ini, rutin hantar anak sekolah, jalanraya bertambah sesak dan macam-macam lagi... apsal cuti sekolah sebulan terasa begitu cepat berlalu ha ha ha

Jumaat, 8 Mac 2024

Belasungkawa Allahyarham Miji CROMOK

Alfatihah. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari kenangan zaman remaja - mengalunkan soundtrack mengiringi kehidupan zaman persekolahan sehingga menginjak dewasa. Alfatihah buatmu sang gendang CROMOK - Tarmizi Mokhtar a.k.a Miji CROMOK (6/3/2024)