Pengikut

Rabu, 6 Disember 2023

MAY - Dilema

 


Dilema merupakan album pertama dari kumpulan MAY yang diterbitkan pada tahun 1988 di bawah label yang banyak mengeluarkan album-album rock pada zaman itu, Warnada Sdn. Bhd. Kiranya album ini selepas mereka menyertai Battle Of Rock 1986 dan kompilasi Juara-Juara Rock la.... banyak jugak terbaca penulisan-penulisan yang selalu tersalah tulis tajuk album ni sebagai "Delima" - dah macam nama buah pulak tulisnya...haha. Zaman ni dressing MAY memang maut...heavy metal habis ... logo band pun macam ada pengaruh band2 thrash sikit haha...Suara Mus masa ni tak berapa power sangat bagi aku...tapi makin lama makin power suaranya...antara vokalis rock terhebat tanahair kiranya.... kaset aku ni keluaran semula, bukan cetakan pertama...dulu pernah beli dah tak tahu mana lesapnya... nak dapatkan yg 1st press harga keras gila haha...jadilah asalkan berbunyi😁. CD pun keluaran semula... zaman keluaran album ni kira zaman-zaman demam rock sedang hangat melanda seMalaya haha... masa album ni rilis aku sekolah rendah Darjah 5...balik sekolah bukak radio lagu "Sketsa Sebuah Cinta" la selalu masuk radio...kita pun hari-hari dengar sampai hafal lagu dan kenal ooo...ni kumpulan MAY...haha ...MAY antara idola aku jahit seluar sekolah jadi skinny dan selalu kena panggil dengan Cikgu Disiplin masa perhimpunan di sekolah dulu haha😂😂😂

Tiada ulasan:

Catat Ulasan