Pengikut

Khamis, 28 Disember 2023

DISSECTION - Storm Of The Light's Bane

 

Album studio ke-2 DISSECTION "Storm Of The Light's Bane pada asalnya dikeluarkan pada tahun 1995. Versi aku punya ini adalah keluaran semula Jepun tahun 2006.. sayangnya obi strip hilang entah kemana huhu. Album yang mencapai status cult dan menjadi idola kepada majoriti band-band death dan black metal seluruh dunia. Lagu-lagu band dari Sweden ini memang menarik - gabungan riff melo-death metal dengan gabungan unsur atmospheric dan kegelapan black metal memang ngam. Tiada kata dapat menggambarkan permainan band ini. Sayangnya band ini telah split-up ekoran kematian tragis vox / guitarist nya, Jon Nödtveidt pada tahun 2006. Apa lagi yang dapat diperkatakan tentang album yang mendapat review rating tertinggi dan terbaik bagi penggemar black/death metal seluruh dunia ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan