Pengikut

Jumaat, 15 Disember 2023

Aku & muzik

Sejak zaman sekolah rendah (1984-1989), aku dihidangkan dengan pelbagai jenis muzik dari mini-compo jenama SINGER hutang kedai milik abang aku...balik sekolah je dengar dia bukak radio dan main kaset lagu-lagu pelbagai genre termasuklah rock, thrash, pop, hindustan, lagu Siam 😁, dangdut indonesia, M. Daud Kilau dan sebagainya... dia layan semua lagu haha...tapi takde harapan la nak sentuh mini compo tu dan cuba-cuba play kaset sendiri ke tekan-usik button button ke...mau kena pelempang haha...dia beli dialah conquer 😂😂😂. Masa tu tengah hangat demam rock melanda negara...zaman BOTB, Juara-Juara Rock lah katakan haha... dalam banyak2 genre tu terpaling menarik minat aku semestinya rock lah. Bukan sahaja tertarik dengan alunan lagu-lagu rock bahkan cara dressing rockers-rockers juga menarik perhatian haha. Sampaikan selalu jugak jadi perhatian kena panggil dengan Cikgu Disiplin sekolah masa perhimpunan sebab jahit seluar sekolah sendiri jadi skinny sebab nak rock punya pasal 😅😆

Setiapkali bila hari ada pasar malam dan pasar minggu (hari Selasa) ikut arwah emak ke pasar minggu (sebagai tukang bawak barang2 yg dibeli oleh arwah mak sebab tu boleh ikut😀), aku curi-curi singgah tempat brader-brader peniaga jual kaset kapit cetak rompak di pasar malam / pasar minggu haha. Waktu tu juga kedai-kedai kaset pun banyak tetapi kebanyakannya jual kaset cetak rompak jugak haha. Ye lah kan zaman-zaman tu yg original susah nak dapat, kalau ada pun harganya mahal ...zaman tu RM10 pun dah kira mahal la... Setiapkali ke tempat penjual kaset tu aku begitu teruja melihat gambar2 cover artwork dan poster-poster artis rock zaman tu... Paling aku ingat dan minat masa tu poster SYJ/SOFEA album Anak Liar haha. Sesekali arwah mak belanja jugak beli sekeping dua kaset kapit sebab tengok anaknya beriya membelek-belek kaset hihi. Bermula sejak dari hari itu hingga ke hari ni aku menjadi pencinta muzik tegar haha

Masuk alam persekolahan menengah, 1990-1994 aku mendapat tawaran menyambung pengajian di sekolah berasrama penuh (sekolah sains) di Taiping, Perak disebabkan keputusan cemerlang aku dalam UPSR ...rock-rock jugak beb, ini rock educated punya 😎🙊. Meningkat zaman persekolahan menengah aku dah bermula berjinak-jinak dengan rock keras - heavy metal dan metal ekstrem. Ingat lagi kaset pertama aku beli - SODOM "Obsessed By Cruelty". Belajar pulak di Taiping, setiap hujung minggu dapat outing aku teruja dengan suasana mamat-mamat berbaju hitam gambar tengkorak / hantu kubur, berambut panjang, seluar skinny atau bootcut dengan kasut sneakers hi-cut....perghh memang gempaklah! Dalam hati masa tu - ini yang aku mahukan! hahaha. Silap-silap geng Brain Dead (death metal Taiping) pun ada melepak masa tu haha.  Sejak dari itu dengar lagu mau yang keras saja... lagu leleh-leleh meleweh, lirik putus cinta nak mati menangis bucu katil ni memang pangkah terus hahaha. Jam tu dah mula tau istilah-istilah poser, trendy, whimp dan lain-lain haha. Pendek kata kalau member-member sekepala dapat tau kau mat trash (ejaan thrash zaman tu😝) tapi dengar lagu cinta meleweh hatta dengar Gun N Roses atau Bon Jovi pun kena f##k dan kena kutuk kaw-kaw...wakaka

Zaman menginjak pengajian tinggi (ITM Arau July 1995-awal 1998) usah dikenanglah...memang bebas sangat-sangat....rambut pun dah panjang...dressing pun kalah artis rock / metal yg ada album haha

Sekarang bila umur dah cecah 40-an, selera muzik dah berubah. Mungkin faktor umur? Walaupun tetap masih rock dan metal kental (number one @ priority) tapi aku dah mula boleh layan semua lagu yang sedap termasuklah genre-genre yang aku alergik dulu 😆. Sekarang aku ada koleksi CD, kaset, vinyl hindustan, pop, RnB, rap dan lain-lain yang sedap haha. Sampaikan ada sorang kawan zaman asrama sekolah dulu yang masih contact sampai hari ni bila dapat tau aku dengar lagu hindustan dan RnB dia cakap :"ko dah tebiat ke?"😁😂. Sekarang baru terpikir dan bersetuju dengan kata-kata seorang kawan, katanya :"dengar muzik ni ibarat makan, kau ada banyak menu atas meja yang sedap-sedap tapi kau makan 1 @ 2 jenis menu je...rugilah kau...ataupun hari-hari kau makan benda yang sama...tak jemu ke? sesekali nak jugak ubah selera!" hahahaha


Tiada ulasan:

Catat Ulasan