Pengikut

Isnin, 4 Disember 2023

BLACK ROSE - s/t reissue CD

 


CD Black Rose ini direissue semula pada 17 Nov 2023 dengan remastered oleh Tok Akeem. Mula kenal band Black Rose ni sejak 1991 sewaktu Tingkatan 2 ..apa tidaknya hari2 lagu "Penantian" dengan "Cinta Abadi" keluar radio...band boys pulak hensem-hensem ramai pulak ciki yg tak minat rock pun jadi minat haha. Band ala2 american glam rock gaya Poison, Bon Jovi, GnR...etc. Ada juga membeli kaset pada masa tu guna wang saku sekolah 😆 malas nak selongkar gerobok cari. Dua perkara yang paling aku ingat pasal band ni; pertama; ialah sewaktu Juara Lagu 1991, aku ada tengok siaran langsung TV3 masa tu. Black Rose masuk juga sebagai finalist melalui lagu "Penantian" tapi aku dengar memang hancus...macam lari tempo je...start2 intro aku dengar dh macam janggal...tak masuk...vokal Ajin pun lari tune...cerita yg aku dengar masa tu ye lah macam kebanyakan band2 rock lain pada masa tu...nak cut cost dan siapkan recording cepat nak jual maka pakailah khidmat pemuzik sessionist yang profesional dan berpengalaman..cepat siap recording boleh cut cost studio dan lain-lain...maklumlah banyak record label bersaing ...bila main live hancuss sebab orang lain yg main (entahlah)...cerita kedua ada terbaca di majalah hiburan tempatan waktu tu salah sorang band membersnya bertumbuk dengan artis lain...huhu...ntah betul atau tidak.. maklumlah zaman tu gossip artis memanglah peminat2 fanatik gemor nak baca haha😁

By the way, pembelian cd ni memang berbaloi dengan harganya RM32.90...aku preorder terus dari seorang kawan distro dari Kedah bila dengar sound remastered oleh Tok Akeem...memang berbaloi...sound meletup...yang versi reissue 2016 memang hampeh! sound tenggelam...aku buang cd tu sebab kecewa haha. Keseluruhan lagu-lagu dalam album ni memang best... ramai orang kenal band ni sebab tau lagu "Penantian" dengan "Cinta Abadi" dulu-dulu kerap keluor radio haha😆

Tiada ulasan:

Catat Ulasan