Album ke-3 dari skuad black / thrash Germany ini dikeluarkan pada 18 Ogos 2023 selepas sedekad berpecah. Aku membelinya dari sebuah distro tempatan dari Kedah melalui pos pada 22 Oktober 2023. Album baru, logo band pun baru (mungkin sebab reformed semula taknak pakai logo lama lagi😁). Band ini ditubuhkan pada 2008, berpecah pada 2012 dan formed semula pada 2022. Masih mengekalkan gaya teutonic thrash old school 80-an yang mementingkan kelajuan ditambah dengan 'perisa' lebih kegelapan. Kedengaran seperti old-Sodom, old-Slayer dan seangkatan dengannya. Memuatkan 9 lagu termasuk 2 lagu instrumental dengan riff-riff dan paduan ketukan drum yang menghentam gegendang telinga tanpa henti. Kebiasaannya kelahiran dari Germany memang jarang mengecewakan! Highly recommended!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan