30 November 2024 yg lalu aku berkesempatan menonton konsert band otai US Death Metal di Raja Laut Ballroom KL yang dalam siri tour mereka turut singgah di Malaysia. Walaupun aku dah kurang follow band ni - hanya mendengar 2 album - Stillborn dan The Ten Commandments masa zaman sekolah menengah dulu lepas diperkenalkan oleh seorang kawan. Lepas 2 album tu aku dah kurang mengikuti perjalanan band ni... hmmm banyak sangat band US yang best! haha
Tiket ni aku beli online dah lama ...seingat aku penghujung bulan 10 hari tu sebab takut sold out dan terlepas peluang! Kalau ikutkan venue awal di Odeon KL dan ditukar saat akhir kerana ada masalah tak dapat dielakkan.
Opening band ialah raja death metal Malaysia - SIL KHANNAZ!!! Show SK memang tak payah cerita lah memang padu dan tight! By the way, kejadian barrier runtuh akibat moshing crowd yang naik syeh sebab lagu Catatonia dari album Conception Of Madness memang sejarah! Mujur aku yang duduk di antara barisan depan tak jatuh dan dihempap oleh crowd-crowd lain!!! sempat pasang kuda-kuda haha
Persembahan MALEVOLENT CREATION memang best dan terbaik!!! Berbaloi tiket RM135.00 haha! Memang puas hati!!! Thanks to organizer and crew.
Credit gambar beramai-ramai milik The Mediator
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)



.jpeg)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan