Pengikut

Khamis, 30 November 2023

RUSTY BLADE - 786 Ikrar Perwira

 

Piring ini rilis pada 16 Mei 2016 tapi aku baru saja membelinya dari seorang rakan Distro di Campbell Complex, KL pada 24 Nov 2023 aritu. Memang puashati 5 lagu yg ada dalam keluaran ni...semuanya best-best. Vocal J. Yantzen memang kena la dengan muzik Rusty Blade. Pemuzik dalam kumpulan ni pun bukan kaleng-kaleng 😆. Memang tak dapat dinafikan Rusty Blade digelar "Iron Maiden Singapore". Aku bagi 4.9/5 ⭐ hehehe

Khamis, 23 November 2023

MAX - Anugerah ....kembalinya muzik rock era 80an

 


Album MAX - Anugerah ni dibeli melalui pos dari tangan Man MAX sendiri pada 1 Ogos 2023 lalu. Package lengkap dengan poster saiz besar, poskad dan CD digipack lengkap dengan autograf semua ahli-ahli MAX. Menariknya sound album MAX ni masih mengekalkan permainan rock lama era 80an bukan macam album-album poprock meleweh frust menonggeng putus cinta 🙊macam kebanyakan band melayu poprock selepas era 1994 ke atas. Vokal AG dalam album ni kira ok la walaupun awal-awal kemunculannya bersama MAY dikatakan copypaste terikut gaya MUS penyanyi asal MAY . Oney (ex-LIPAN BARA / ex-MAY / Jump-P) dalam album ni bermain gitar dan ada menyumbangkan suara juga. Permainan gitar Lan Taroo memang tak dapat dinafikan laa apatah lagi dengan ketukan drum Man dan bassist mereka. Memang kena dengan citarasa telinga aku. Ulasan aku untuk album ni secara keseluruhannya memang aku sangat suka. Poster pun cun! Yang mahal tu otograp laa... haha.😛😛

Selasa, 21 November 2023

KFC CREW



1998 - baru grad dari ITM Arau jurusan Business Studies... Ingat diploma holder boleh la kerja pegawai bank ataupun executive di mana² kompeni, duduk sila panggung dlm ofis ekon namun akibat kegawatan ekonomi masa tu 1997-1998, terpaksalah kerja part time di KFC dibayar rm3.00 per hour.... Mula masuk kerja, diberi jawatan dipanggil "Buzzer" - tugas aku mop lantai, clear meja, cuci tandas sejam sekali, bila orang order apa² lambat sikit cashier bagi tag number dan selepas order ready cashier tekan loceng yg berlari pegi amik dan hantar kat customer tu aku lah tu 😂...spray dan lap cermin pintu yg ada thumbprints...budak² kecik suka sgt pegang pintu cermin lekat cap jari😂...nk ngurat awek pun awek jeling je sambil berkata dlm hati : "keje mop lantai ada hati nk try aku! Huh!" Belom kira lagi family dtg bawak anak² dine-in muntah berterabur atas meja...aku ler yg lap tu sampai aku termuntah sekali 🤣Kekadang rasa sedih jgk belajo tinggi2 ada diploma keje mop lantai, lap muntah orang, cuci jamban hahaha.... tahun 90an diploma ITM kira top ranking jugak la 😂Arwah mak bapak kat kampung masa tu mana ler paham bab² ekonomi gawat ni...kate deme "apalah hang ni belajaq tinggi² pi kerja goreng ayam!"  Bukan menghina tp nk sruh keje yg berpadanan dengan kelulusan akademik dan berbaloi dengan wang belanja pengajian yg dh banyak habis...🤣 huhu. Hampir 3 tahun jugak bekerja sebagai KFC Crew, sampai lah dh pandai tukar jd Cashier, Cook (tukang masak) sampai jd antara pekerja yg paling senior merangkap "ketua pekerja tanpa tauliah"😆 mcm Store Supervisor la kiranya. Kalau Restaurant Manager takde aku boleh running outlet tanpa kehadiran Manager.... Hari-hari cuti umum agak sukar nak apply cuti kerana time orang semua bercuti atau musim-musim perayaan time tu lah kompeni nak buat sales tinggi dan collection yang tinggi... haha. Kerap terjadi lagi seminggu nak gaji, duit dalam poket tinggal RM5 terpaksalah ikat perut minum air paip😭😭 ....Apapun masa ni tgh gila thrash, hati tetap kental haha... Those were the days 🤣🤣🤣

Jumaat, 17 November 2023

RAKAMAN SEMULA OLEH BEKAS-BEKAS AHLI SEPULTURA?

2 lagu SEPULTURA - Troops Of Doom & Bestial Devastation dirakamkan semula oleh bekas-bekas ahli SEPULTURA setelah form 2 band berlainan - CAVALERA (Max & Igor) & THE TROOPS OF DOOM (Jairo). Yg mana pilihan anda? 🤣