Album MAX - Anugerah ni dibeli melalui pos dari tangan Man MAX sendiri pada 1 Ogos 2023 lalu. Package lengkap dengan poster saiz besar, poskad dan CD digipack lengkap dengan autograf semua ahli-ahli MAX. Menariknya sound album MAX ni masih mengekalkan permainan rock lama era 80an bukan macam album-album poprock meleweh frust menonggeng putus cinta 🙊macam kebanyakan band melayu poprock selepas era 1994 ke atas. Vokal AG dalam album ni kira ok la walaupun awal-awal kemunculannya bersama MAY dikatakan copypaste terikut gaya MUS penyanyi asal MAY . Oney (ex-LIPAN BARA / ex-MAY / Jump-P) dalam album ni bermain gitar dan ada menyumbangkan suara juga. Permainan gitar Lan Taroo memang tak dapat dinafikan laa apatah lagi dengan ketukan drum Man dan bassist mereka. Memang kena dengan citarasa telinga aku. Ulasan aku untuk album ni secara keseluruhannya memang aku sangat suka. Poster pun cun! Yang mahal tu otograp laa... haha.😛😛


Tiada ulasan:
Catat Ulasan