Pengikut

Jumaat, 16 Februari 2024

LORD MORGAN - Badai Semusim






Dapat tahu tentang rilisan band ini pada tahun 2021 melalui media sosial facebook rakan-rakan tetapi hanya membelinya pada 13 Februari 2024 apabila ternampak seorang seller menjualnya di facebook...nak clear stock katanya. One man band project oleh Effendi Renata a.k.a Eric Morgan / Lord Morgan (Indonesian BM band - Dry) yang ditubuhkan pada 2013 di Surabaya, Indonesia. Namun mengikut maklumat di laman web https://www.metal-archives.com/bands/Lord_Morgan/3540442923  band ini telah menukar nama kepada NETHERBANE. Rilisan asal pada tahun 2018 ini dikeluarkan oleh Silentium in Foresta Records dalam bentuk limited edition digipak. Badai Semusim mengandungi 8 track  melodic black metal dengan corak muzik kedengaran seperti DISSECTION yang lebih mirip kepada album Storm of the Light's Bane. 

Aku punya versi jewel case remastered keluaran semula oleh  Sadist Records pada January 10, 2021. Pemuzik yang terlibat rakaman ini ialah Az'Galad: vocals, Lord Morgan: guitars, Drazgod: bass dan Varthranoch: drums.

Pertama kali melihat cover album lukisan naga aku ingatkan main power metal rupa-rupanya salah - melodic black metal! Cover album memang cantik gila!!! Ayuh dengarkan LORD MORGAN - BADAI SEMUSIM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan