Pengikut

Khamis, 28 November 2024

BARBARIK - Peluru Cokelat

Begitu teruja mendengar BARBARIK yg dianggotai JoBranko (ex-WINGS) dan Mus (ex-MAY) bakal mengeluarkan album. Bila dah release aku terus buat pre-order melalui page BARBARIK STORE di aplikasi shopee pada 8 Nov 2024. Aku memilih option - CD + signed poster + no. siri random berharga RM55.00. Dalam tempoh menunggu terbaca posting-posting kawan-kawan di facebook mengatakan order automatically cancelled by shopee sebab seller lambat post dan aku dapat tahu melalui announcement oleh BARBARIK sendiri yang mereka mengalami masalah teknikal dalam penjualan merch melalui platform online. Harapan aku pun hampir musnah berpendapat tentu order aku juga mengalami nasib yang sama. Tetapi setelah berhari-hari menunggu dan selalu check progress pembelian di shopee nampak ada sinar dan 14hb Nov betapa gembiranya apabila tracking di shopee tertulis ; "KELUAR UNTUK PENGHANTARAN" haha....dan secara rasminya setelah 6 hari, fizikal CD berada di genggaman. 



Packaging baik, ada poster tube untuk mengelakkan poster dari rosak semasa courier handling dan cd juga tidak ada crack! (biasa kalau beli by post ni memang cd cover akan crack lah).




Mutu rakaman sangat baik. Ada 7 lagu termasuk lagu Didakap Pesona diulang 2 kali - asal dan dalam format Radio Edit (untuk stesen radio putar le gamaknya). Lagu-lagu semua best dengan rock n roll dan pengaruh blues! Kerja gitar JoBranko memang best... aku memang suka sejak dia dalam WINGS dulu....

Secara keseluruhannya bagi aku inilah album rock melayu yang terbaik untuk tahun 2024 setakat ni! Makin tua makin power!!! ๐Ÿ˜Š


Selasa, 26 November 2024

Majlis Pelancaran Reissue Mini Album Nebiras - "As The Sky Turns Black"

Pada 27 Okt 2024, jam 5 ptg aku berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Reissue Mini Album Nebiras - "As The Sky Turns Black" di Campbell Complex, Kuala Lumpur. Album cult genre logam hitam ini dikeluarkan pertama kali pada 1993 dalam format kaset oleh Dark Journey Records waktu aku Tingkatan 4! haha. Sungguh nostalgia. Seingat aku pernah membeli kasetnya tapi dah lesap entah kemana dek aktiviti pinjam meminjam waktu dulu. Kini, selepas 31 tahun, ianya dikeluarkan semula dalam format digipack dengan rupa dan penambahbaikan kualiti audio hasil inisiatif MoonDusk Productions. Didatangkan dengan poster percuma. 

Sesi pelancaran dihadiri oleh 3 anggota asal iaitu Nocturno Belial (vox), Omen de Nefarious (bass) & Mutilated (drum). Al-fatihah untuk arwah Yong a.ka. Y.Occultus. Ada ruang fans bertanyakan soalan dan sesi autograph ...aku pun tak ketinggalan juga tak melepaskan peluang mendapatkan tandatangan dan bergambar hehe... dapatlah juga berjumpa rakan-rakan dan beramah mesra!๐Ÿ˜‚

Mini album ni kira ada nostalgianya kerana dalam inlay kaset waktu rilis dulu ada diselitkan catatan oleh Fenriz of mighty Dark Throne! 

(gambar inlay kaset keluaran Dark Journey Records 1993 yg menyelitkan catatan Fenriz DARK THRONE)

Belilah kerana mengimbau kenangan zaman-zaman yg telinga pada masa tu mahukan muzik yg keras, laju, brutal dan aggressive saja!!!๐Ÿ˜

beramas mesra dengan kawan-kawan yang sesekali berjumpa
Ahhh! gambo aku tengah melahap meehoon goreng disediakan penganjur pun di candidnya๐Ÿ˜






Isnin, 25 November 2024

Belasungkawa untuk Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab

 24 Nov 2024 - telah pulang ke rahmatullah Seniman Negara ke-7,  allahyarham Tan Sri Dato' Seri Dr. Ahmad Khan bin Nawab Khan (6 April 1932 – 24 November 2024), seorang penggubah lagu, pemain muzik serta penyanyi. Bagi aku, allahyarham merupakan seorang yang genius dalam penciptaan lagu di mana banyak lagu ciptaannya yang sedap dan evergreen hingga ke hari ini dendangan artis-artis tempatan dan luar negara yang popular dan berbakat seperti Uji Rashid, Hail Amir, Sharifah Aini, Sudirman Haji Arshad, Hetty Koes Endang, Dato' Khatijah Ibrahim, Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Broery Marantika dan ramai lagi. Semoga rohnya tenang di sana. Al-fatihah.