Pada 27 Okt 2024, jam 5 ptg aku berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Reissue Mini Album Nebiras - "As The Sky Turns Black" di Campbell Complex, Kuala Lumpur. Album cult genre logam hitam ini dikeluarkan pertama kali pada 1993 dalam format kaset oleh Dark Journey Records waktu aku Tingkatan 4! haha. Sungguh nostalgia. Seingat aku pernah membeli kasetnya tapi dah lesap entah kemana dek aktiviti pinjam meminjam waktu dulu. Kini, selepas 31 tahun, ianya dikeluarkan semula dalam format digipack dengan rupa dan penambahbaikan kualiti audio hasil inisiatif MoonDusk Productions. Didatangkan dengan poster percuma.
Sesi pelancaran dihadiri oleh 3 anggota asal iaitu Nocturno Belial (vox), Omen de Nefarious (bass) & Mutilated (drum). Al-fatihah untuk arwah Yong a.ka. Y.Occultus. Ada ruang fans bertanyakan soalan dan sesi autograph ...aku pun tak ketinggalan juga tak melepaskan peluang mendapatkan tandatangan dan bergambar hehe... dapatlah juga berjumpa rakan-rakan dan beramah mesra!😂
(gambar inlay kaset keluaran Dark Journey Records 1993 yg menyelitkan catatan Fenriz DARK THRONE)
Belilah kerana mengimbau kenangan zaman-zaman yg telinga pada masa tu mahukan muzik yg keras, laju, brutal dan aggressive saja!!!😁
Ahhh! gambo aku tengah melahap meehoon goreng disediakan penganjur pun di candidnya😁

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan