Album ke-5 dari angkatan metal Malaysia - Sil Khannaz ini rilis pada tahun 2006. Tidak dapat dinafikan kehebatan permainan mereka. Muzik yg sangat tight dan bereksperimen dengan gaya bahasa lirikal yg penuh berseni. 10 lagu yg akan membuatkan kepala terhangguk-hangguk mengikut melodi death metal bawaan mereka. 🤘
Pengikut
Label
Rabu, 19 Julai 2023
Ahad, 16 Julai 2023
Helloween - The Best, The Rest, The Rare
Sabtu, 15 Julai 2023
Belasungkawa untuk Allahyarham Zam FTG
Innalillahi wainnaillahi rojiun
Allahumargh firlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu...
al-Fatihah
امين يا رب العالمين 🤲🏼😢
𝘗𝘦𝘳𝘬h𝘢𝘣𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘥𝘶𝘬𝘢 drummer FTG, 𝘔𝘰𝘩𝘥 𝘕𝘪𝘻𝘢𝘮 𝘉𝘪𝘯 𝘔𝘰𝘩𝘥 𝘚𝘩𝘢𝘳𝘪𝘧 (Zam 𝘍𝘛𝘎), 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘮𝘣𝘢𝘭𝘪 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘯𝘨𝘬𝘶𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘯𝘤𝘪𝘱𝘵𝘢𝘕𝘺𝘢 𝘱𝘢𝘥𝘢 15 𝘑𝘶𝘭𝘢𝘪 2023 (𝘚𝘢𝘣𝘵𝘶) 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘫𝘢𝘮 12:50 𝘱𝘢𝘨𝘪 𝘥𝘪 𝘏𝘰𝘴𝘱𝘪𝘵𝘢𝘭 𝘔𝘦𝘭𝘢𝘬𝘢. 𝘈𝘭-𝘍𝘢𝘵𝘪𝘩𝘢𝘩 ke𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩𝘺𝘢𝘳𝘩𝘢𝘮 𝘡𝘢𝘮 𝘍𝘛𝘎 😢😢
𝘚𝘦𝘮𝘰𝘨𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘸𝘵 𝘢𝘮𝘱𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘨𝘢𝘭𝘢 𝘥𝘰𝘴𝘢² 𝘣𝘦𝘭𝘪𝘢𝘶, 𝘋𝘪𝘭𝘢𝘱𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘶𝘣𝘶𝘳𝘯𝘺𝘢, 𝘥𝘪𝘵𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘬𝘢𝘭𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨² 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢𝘯 & 𝘴𝘰𝘭𝘦𝘩. 𝘋𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘰𝘨𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘳𝘫𝘢𝘵 𝘣𝘦𝘭𝘪𝘢𝘶.
امين امين امين يا رب العالمين 🤲🏼😢
Terima kasih kerana meninggalkan kenangan zaman remaja - After The Promise 1992.
Al-fatihah juga kepada allahyarham Bart @ Ibat (vokalis asal) yg terlebih dahulu pergi pada 2009.Sil Khannaz - Conception Of Madness
Conception Of Madness (C.O.M) by Sil Khannaz album death metal yang release pada tahun 1993. Pada masa itu aku sedang bersekolah di Tingkatan 4 di sekolah berasrama penuh SERATAS (Sek. Men. Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping, Perak) atau nama lamanya Sekolah Menengah Sains Taiping. Pada masa ianya keluar aku tgh gila muzik metal. Apa saja genre metal tak kira death, thrash, heavy, black, grind dan lain-lain cabang aku belasah dengar asalkan sedap pada telinga aku. Waktu album ni keluar aku begitu teruja kerana ianya sebuah kugiran tempatan yg pada aku muzik bawaan mereka setanding dengan kumpulan-kumpulan metal dari luar negara. Justeru aku menghabiskan duit biasiswa yg aku dapat untuk membeli kasetnya (haha). Waktu itu nak keluarkan duit biasiswa yg diterima setiap bulan berjumlah RM70 punyalah siksa sebab buku akaun Bank Simpanan Nasional disimpan oleh Guru Penyelaras Tingkatan. Kena isi borang, jumlah dan tujuan nak keluarkan duit, lepas tu kena ambik tandatangan Penolong Kanan HEM (Hal Ehwal Murid)... makanya banyak lah soalan cepumas macam soal-siasat polis pulak 🤭.
Bila dah kerja aku collect merch C.O.M ni seperti piring hitam (vinyl), t-shirt, patches, backpatch, CD, kaset hatta aku rasa kalau dikeluarkan dalam bentuk floppy disk pun aku usaha akan beli 🤪.Versi piring hitam a.k.a vinyl a.k.a. rekod ni aku beli dari Lan Bye (drummer Infectious Maggots / Brain Dead / Sil Khannaz) keluaran Gempita Records pada tahun 2011.
Aku paling suka gambar line-up dan logo Sil Khannaz era C.O.M ni....mmg kena imejnya dengan muzik bawaan mereka masa ni.
Kaset pressing asal keluaran Valentine Sound Productions (VSP) (1993) dan keluaran reissue semula oleh label Indonesia Zim-Zum Entertainment (2018) pun aku beli. Yg VSP tu sampai naik lunyai inlay dia sebab menjadi playlist walkman aku setiap hari di asrama dulu.
Versi vinyl, kaset asal & reissue serta CD reissue Nebiula (2014). CD keluaran asal VSP aku dulu leboh kerana aktiviti pinjam-meminjam buat harta sendiri oleh kawan-kawan.... sering bertukar tangan last² aku pun tak tahu siapa yg pinjam last sekali.... Kira halalkan aje lah. 😭
Bagi aku C.O.M ni paling best dalam keseluruhan discography Sil Khannaz setakat ini. Nak ceritakan betapa bestnya album ni pada aku hinggakan aku yg berada dalam Form 4 dan bakal ambil SPM tahun berikutnya (1994) struggle study utk SPM pun, sambil ulangkaji boleh lagi aku sumbat telinga dengan earphone layan C.O.M sambil baca buku dan buat homework 🤣🤣🤣.
"Let the whisper lead the way & Sil Khannaz shall light-up the path!!!"
Khamis, 13 Julai 2023
BRITNEY SPEARS - ...Baby One More Time pic disc vinyl
Dua puluh lima (25) tahun yang lalu.... Waktu single "...Baby One More Time" keluar tahun 1998 aku kerja sementara di KFC Tmn Sejati Indah, Sg Petani, Kedah lepas tamat pengajian diploma di ITM (sekarang UiTM) Arau, Perlis. Kat KFC tu hari-hari Restaurant atau Asst. Rest. Manager atau Supervisor yang bertugas akan pasang lagu² dari CD atau kaset yg dibekalkan oleh HQ utk hiburan customer sambil menjamu selera.... lagu-lagu pulak adalah lagu baru / popular pada masa itu bertaraf international yang masuk carta top hits. Dah hari² dengar ter"sing-a-long" pulak😂...Lama kelamaan terasa eh! best la pulak... tunggu hari dapat gaji je terus pegi kedai kaset beli kaset Britney Spears ni... 😂😂😂
Piring ni aku beli secara "backorder" dari salah satu distro tempatan tahun lepas (order pada 13 July 2022) bila ternampak iklan kat web dia terus terbayang aku sing-a-long lagu Baby One More Time sambil goreng ayam kat KFC dulu 😛. Hampir 4 bulan juga menunggu parcel dari luar negara ...namun penantian yg amat berbaloi bila dapat je piring di tangan sambil mengimbau kenangan 25 tahun yg berlalu 😿
🎵...hit me baby one more time!!🎵
-
T erdetik untuk menulis berkaitan memori ini apabila kebetulan hadir berkursus di Sg. Petani, Kedah pada 24 hingga 28 Julai 2023 baru-baru i...
-
Dilema merupakan album pertama dari kumpulan MAY yang diterbitkan pada tahun 1988 di bawah label yang banyak mengeluarkan album-album rock...
-
A lbum ke-3 dari skuad black / thrash Germany ini dikeluarkan pada 18 Ogos 2023 selepas sedekad berpecah. Aku membelinya dari sebuah dist...


















