Conception Of Madness (C.O.M) by Sil Khannaz album death metal yang release pada tahun 1993. Pada masa itu aku sedang bersekolah di Tingkatan 4 di sekolah berasrama penuh SERATAS (Sek. Men. Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping, Perak) atau nama lamanya Sekolah Menengah Sains Taiping. Pada masa ianya keluar aku tgh gila muzik metal. Apa saja genre metal tak kira death, thrash, heavy, black, grind dan lain-lain cabang aku belasah dengar asalkan sedap pada telinga aku. Waktu album ni keluar aku begitu teruja kerana ianya sebuah kugiran tempatan yg pada aku muzik bawaan mereka setanding dengan kumpulan-kumpulan metal dari luar negara. Justeru aku menghabiskan duit biasiswa yg aku dapat untuk membeli kasetnya (haha). Waktu itu nak keluarkan duit biasiswa yg diterima setiap bulan berjumlah RM70 punyalah siksa sebab buku akaun Bank Simpanan Nasional disimpan oleh Guru Penyelaras Tingkatan. Kena isi borang, jumlah dan tujuan nak keluarkan duit, lepas tu kena ambik tandatangan Penolong Kanan HEM (Hal Ehwal Murid)... makanya banyak lah soalan cepumas macam soal-siasat polis pulak ðŸ¤.
Bila dah kerja aku collect merch C.O.M ni seperti piring hitam (vinyl), t-shirt, patches, backpatch, CD, kaset hatta aku rasa kalau dikeluarkan dalam bentuk floppy disk pun aku usaha akan beli 🤪.Versi piring hitam a.k.a vinyl a.k.a. rekod ni aku beli dari Lan Bye (drummer Infectious Maggots / Brain Dead / Sil Khannaz) keluaran Gempita Records pada tahun 2011.
Aku paling suka gambar line-up dan logo Sil Khannaz era C.O.M ni....mmg kena imejnya dengan muzik bawaan mereka masa ni.
Kaset pressing asal keluaran Valentine Sound Productions (VSP) (1993) dan keluaran reissue semula oleh label Indonesia Zim-Zum Entertainment (2018) pun aku beli. Yg VSP tu sampai naik lunyai inlay dia sebab menjadi playlist walkman aku setiap hari di asrama dulu.
Versi vinyl, kaset asal & reissue serta CD reissue Nebiula (2014). CD keluaran asal VSP aku dulu leboh kerana aktiviti pinjam-meminjam buat harta sendiri oleh kawan-kawan.... sering bertukar tangan last² aku pun tak tahu siapa yg pinjam last sekali.... Kira halalkan aje lah. ðŸ˜
Bagi aku C.O.M ni paling best dalam keseluruhan discography Sil Khannaz setakat ini. Nak ceritakan betapa bestnya album ni pada aku hinggakan aku yg berada dalam Form 4 dan bakal ambil SPM tahun berikutnya (1994) struggle study utk SPM pun, sambil ulangkaji boleh lagi aku sumbat telinga dengan earphone layan C.O.M sambil baca buku dan buat homework 🤣🤣🤣.
"Let the whisper lead the way & Sil Khannaz shall light-up the path!!!"






Tiada ulasan:
Catat Ulasan