Kompilasi "The Best, The Rest, The Rare" dari band power metal German Helloween ni rilis pada tahun 1991 semasa aku masih bersekolah di Form 2 oleh label Noise Records. Kompilasi yang pada aku mengandungi 13 buah lagu-lagu terbaik mereka era vocalist Michael Kiske dan guitarist Kai Hansen. Semua track adalah favourite aku. Jujurnya aku lewat mengenali Helloween ...tahu kewujudannya tetapi tak pernah explore muziknya sehinggalah pada suatu hari dalam tahun 1993 sewaktu Tingkatan 4, member hostel sekolah meminjamkan kaset ni kat aku menyuruh aku "..try la dengar..." katanya. Bermula dr hari tu, kaset ni menjadi antara playlist walkman aku. Tak puashati lepas aku pulangkan kaset member aku kepadanya aku beli sendiri kaset kompilasi yg sama menggunakan duit poket yg mak bapak aku bagi 😁. Dan hari-hari selepasnya aku mencari dan berusaha (masih berusaha sebenarnya) melengkapkan koleksi discography Helloween aku. Tapi era vocalist Andy Deris ni aku macam "kureng" sikit...boleh layan tapi vibes dia tak sama mcm era Hansen - Weikath - Kiske.
Tracklist:
1. I Want Out 4:39
2. Dr. Stein 5:03
3. Future World 4:02
4. Judas 4:39
5. Walls Of Jericho 0:53
6. Ride The Sky 5:51
7. Halloween 13:18
8. Livin' Ain't No Crime 4:43
9. Save Us 5:12
10. Victim Of Fate 6:58
11. Savage 3:26
12. Don't Run For Cover 4:48
13. Keeper Of The Seven Keys 13:38
Oh ya....member hostel yg kenalkan aku kepada Helloween ni pun aku dapat tahu dah meninggal kemalangan jalanraya tahun 2022. Al-fatihah sahabat.😭



Tiada ulasan:
Catat Ulasan