Pemandangan Hentian Puduraya seperti zaman 90an hingga awal 2000 seperti dalam gambar ini dah takde bilamana aku kebetulan pergi ke Bangunan UTC berhampiran Puduraya baru-baru ni untuk urusan JPJ kerana membeli motorsikal secondhand untuk ulang-alik ke tempat kerja. Viewnya totally berubah seiring dengan kepesatan pembangunan terkini.
Di ruang legar keadaan lengang tidak ramai orang yang aku nampak kebanyakannya golongan gelandangan tidur merata-rata dan paling cuak bila terbaca signage "Awas! Penyeluk Saku!" ha ha. Aku mengambil keputusan mencari kedai makan sekitar untuk mengisi perut yang berkeroncong. Dari Hentian Puduraya aku menggunakan laluan seperti sky-bridge ...jambatan yang merentangi jalanraya untuk ke deretan kedai di seberang jalan berhadapan dengan Puduraya tu. Sampai di pertengahan laluan tu aku terserempak dengan seorang lelaki yang pakaiannya compang-camping, berambut panjang dan busuk! Aku di "pow" ...cilaka! Nak melawan? Ini tempat "orang" yg kita pun tak tahu atau tak faham apa-apa lagi selok-beloknya... sementelah lagi nampak ramai mamat-mamat dengan rupa yg sama ha ha... akhirnya RM50 melayang...sudah la duit poket tak berapa banyak waktu tu terpaksa "menderma" pulakπππ.... Takpelah takde rezeki aku tapi rezeki dia ha ha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan