Pengikut

Khamis, 24 Ogos 2023

Petai

 Kebetulan pergi ke Pasar Malam berdekatan rumah baru-baru ni membeli petai untuk dimasak sambal petai campur udang (feveret aku sambal petai campur udang @ ikan bilis). 3 keping RM7 ...mahal nak mampus haha . Teringat sewaktu tahun-tahun 90an dulu sewaktu cuti sekolah yang panjang bersama 4-5 orang kawan masuk hutan, naik bukit turun bukit mencari petai hutan untuk dijual apabila setiapkali tiba musimnya... petai yang dipetik diikat 100 keping-100 keping seperti di dalam gambar. 100 keping dijual kepada peraih RM40-50 saja... jika difikirkan memang tak berbaloi kerana mengusung (dengan cara mengandar) petai keluar dari hutan, berjalan berjam-jam naik bukit turun bukit, meredah hutan tebal, dikejar babi hutan, disengat penyengat dan lain-lain ...pernah jugak kami terjumpa kesan tapak kaki seperti tapak kaki pak belang hu hu 😨..tapi itulah yang mengajar erti hidup...betapa sukarnya mencari wang...itulah apa yg dilalui oleh mak bapak kita yg bekerja kampung membesarkan anak-anak. 

Aku dulu dengan kawan-kawan sambil-sambil masuk hutan mencari petai ...apa saja yg dijumpai yg boleh dijual dan mendatangkan hasil seperti rotan, buah-buahan hutan seperti jering dan kerdas atau apa-apa saja yg boleh dijual memang kami belasah juga ha ha... Kini setelah berpuluh tahun menamatkan pengajian dan bekerja serta berhijrah ke negeri lain memang sudah lama tak melakukan aktiviti sebegini ....apapun ini memori dan pengalaman hidup yang sangat bernostalgia 😀

By the way, duit yg dapat hasil jualan petai dibahagi samarata dengan kawan2 lain yg ikut serta..lepas tu pergi bandar perabis beli kaset rock / metal...😁




Tiada ulasan:

Catat Ulasan