Pada tarikh 21hb Ogos 2013, sepuluh tahun yg lalu merupakan tarikh bersejarah bagi aku sebagai salah seorang pemuja muzik Metallica. Apa tidaknya 2-3 bulan sebelum itu mendengar khabar bahawa band pujaan kepada peminat-peminat muzik metal dan rock, Metallica akan datang membuat persembahan di Kuala Lumpur. Aku yg menyimpan cita-cita sejak zaman sekolah untuk melihat persembahan live band pujaan aku ni mmg berasa amat teruja. Aku yg pada masa itu bertugas di Perak terus mengirim duit kepada rakan yg berada di Kuala Lumpur meminta tolong untuk membeli tiket. Takut sold out!π Maklumlah pertama kali dalam sejarah band heavy metal / thrash ini datang ke Malaysia... Almaklumlah penerimaan & pandangan masyarakat Malaysia terhadap muzik metal @ rock barat yg sangat skeptikal melabel muzik rock / metal barat ini kononnya melanggar tatasusila dan norma-norma ketimuran katanya ...kalau ikutkan boleh saja kalau nk tengok Metallica perform live ni boleh ke negara jiran seperti Singapore atau Indonesia...tapi itulah banyak belanjanya membuatkan aku berfikir banyak kali.
Tiket berharga RM198.00 free standing. Duduknya jauh nun di atas bukit ha ha ..tak kisah janji dapat tengok Metallica... Aku datang ke KL dari Perak sehari sebelumnya menumpang tidur di rumah saudara di Kajang. Hari kejadian dihantar oleh saudara aku ke Stadium Merdeka. Disebabkan kesesakan lalulintas aku terlewat masuk ke stadium dan opening band Cromok dah habis main...ruginya tapi takpe niat asalnya nak tengok Metallica kan...start je pakcik Hetfield bercakap atas stage memulakan slot mereka aku dah meremang bulu roma ha ha....headbang mengikut alunan lagu dimainkan tanpa henti...sound system memang padu habis. Aku betul-betul enjoy. Yang bestnya Metallica ni memang ramai peminatnya. Bukan golongan peminat metal / rock je, aku perhatikan yg berdiri sebaris dengan aku amoi-amoi Cina yg dressingnya tak thrash / metal pun turut sing-a-long lagu2 Metallica!
Memang aku puas hati. Balik dari stadium baju basah berpeluh. Singgah kedai beli Yoko-Yoko sapu kat bahu dan leher ...lepas geram headbang tak berhenti lah katakan sampai sakit urat-urat leherπ. Harap mereka dapat datang lagi ke Malaysia. π
Tolong belikan untuk member sekali total 5 keping tix...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan