Pengikut

Jumaat, 13 Disember 2024

Nostalgia Zaman Sekolah

Tahun 1994 waktu saya Form 5 bersekolah di sebuah asrama penuh di Taiping dulu. Setiap hujung minggu Sabtu & Ahad adalah hari gotong royong membersihkan bilik² dorm & sekitar asrama. Sambil² buat kerja cuci mencuci tu kami pun buatlah segmen radio permintaan & tuju² lagu menggunakan centralized PA System yg disambung ke semua bangunan asrama sekolah....taklah boring sgt kan...cuci² sambil ada hiburan... Waktu tu kitaorg Form 5 kira control habis laa kan... Super senior lah katakanπŸ˜‚... Time tu ramai jugak kepala² metal & rock ni... Ada sekali sorang kawan asal budak Penang yg jugak metalhead dia minta lagu "...... the caco daemon" dr abam Benton 😁... Deejay bidan terjun pun bantai pasang ...mengelupor budak² ASPURI (Asrama Putri)... "lagu apa deme pasang?! tak paham bijik butir" - katanya hahaha.... kenanganπŸƒπŸƒπŸƒ



Khamis, 12 Disember 2024

MALEVOLENT CREATION Live In Malaysia

 30 November 2024 yg lalu aku berkesempatan menonton konsert band otai US Death Metal di Raja Laut Ballroom KL yang dalam siri tour mereka turut singgah di Malaysia. Walaupun aku dah kurang follow band ni - hanya mendengar 2 album - Stillborn dan The Ten Commandments masa zaman sekolah menengah dulu lepas diperkenalkan oleh seorang kawan. Lepas 2 album tu aku dah kurang mengikuti perjalanan band ni... hmmm banyak sangat band US yang best! haha

Tiket ni aku beli online dah lama ...seingat aku penghujung bulan 10 hari tu sebab takut sold out dan terlepas peluang! Kalau ikutkan venue awal di Odeon KL dan ditukar saat akhir kerana ada masalah tak dapat dielakkan.

Opening band ialah raja death metal Malaysia - SIL KHANNAZ!!! Show SK memang tak payah cerita lah memang padu dan tight! By the way, kejadian barrier runtuh akibat moshing crowd yang naik syeh sebab lagu Catatonia dari album Conception Of Madness memang sejarah! Mujur aku yang duduk di antara barisan depan tak jatuh dan dihempap oleh crowd-crowd lain!!! sempat pasang kuda-kuda haha

Persembahan MALEVOLENT CREATION memang best dan terbaik!!! Berbaloi tiket RM135.00 haha! Memang puas hati!!! Thanks to organizer and crew.










Credit gambar beramai-ramai milik The Mediator


Khamis, 28 November 2024

BARBARIK - Peluru Cokelat

Begitu teruja mendengar BARBARIK yg dianggotai JoBranko (ex-WINGS) dan Mus (ex-MAY) bakal mengeluarkan album. Bila dah release aku terus buat pre-order melalui page BARBARIK STORE di aplikasi shopee pada 8 Nov 2024. Aku memilih option - CD + signed poster + no. siri random berharga RM55.00. Dalam tempoh menunggu terbaca posting-posting kawan-kawan di facebook mengatakan order automatically cancelled by shopee sebab seller lambat post dan aku dapat tahu melalui announcement oleh BARBARIK sendiri yang mereka mengalami masalah teknikal dalam penjualan merch melalui platform online. Harapan aku pun hampir musnah berpendapat tentu order aku juga mengalami nasib yang sama. Tetapi setelah berhari-hari menunggu dan selalu check progress pembelian di shopee nampak ada sinar dan 14hb Nov betapa gembiranya apabila tracking di shopee tertulis ; "KELUAR UNTUK PENGHANTARAN" haha....dan secara rasminya setelah 6 hari, fizikal CD berada di genggaman. 



Packaging baik, ada poster tube untuk mengelakkan poster dari rosak semasa courier handling dan cd juga tidak ada crack! (biasa kalau beli by post ni memang cd cover akan crack lah).




Mutu rakaman sangat baik. Ada 7 lagu termasuk lagu Didakap Pesona diulang 2 kali - asal dan dalam format Radio Edit (untuk stesen radio putar le gamaknya). Lagu-lagu semua best dengan rock n roll dan pengaruh blues! Kerja gitar JoBranko memang best... aku memang suka sejak dia dalam WINGS dulu....

Secara keseluruhannya bagi aku inilah album rock melayu yang terbaik untuk tahun 2024 setakat ni! Makin tua makin power!!! 😊


Selasa, 26 November 2024

Majlis Pelancaran Reissue Mini Album Nebiras - "As The Sky Turns Black"

Pada 27 Okt 2024, jam 5 ptg aku berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Reissue Mini Album Nebiras - "As The Sky Turns Black" di Campbell Complex, Kuala Lumpur. Album cult genre logam hitam ini dikeluarkan pertama kali pada 1993 dalam format kaset oleh Dark Journey Records waktu aku Tingkatan 4! haha. Sungguh nostalgia. Seingat aku pernah membeli kasetnya tapi dah lesap entah kemana dek aktiviti pinjam meminjam waktu dulu. Kini, selepas 31 tahun, ianya dikeluarkan semula dalam format digipack dengan rupa dan penambahbaikan kualiti audio hasil inisiatif MoonDusk Productions. Didatangkan dengan poster percuma. 

Sesi pelancaran dihadiri oleh 3 anggota asal iaitu Nocturno Belial (vox), Omen de Nefarious (bass) & Mutilated (drum). Al-fatihah untuk arwah Yong a.ka. Y.Occultus. Ada ruang fans bertanyakan soalan dan sesi autograph ...aku pun tak ketinggalan juga tak melepaskan peluang mendapatkan tandatangan dan bergambar hehe... dapatlah juga berjumpa rakan-rakan dan beramah mesra!πŸ˜‚

Mini album ni kira ada nostalgianya kerana dalam inlay kaset waktu rilis dulu ada diselitkan catatan oleh Fenriz of mighty Dark Throne! 

(gambar inlay kaset keluaran Dark Journey Records 1993 yg menyelitkan catatan Fenriz DARK THRONE)

Belilah kerana mengimbau kenangan zaman-zaman yg telinga pada masa tu mahukan muzik yg keras, laju, brutal dan aggressive saja!!!😁

beramas mesra dengan kawan-kawan yang sesekali berjumpa
Ahhh! gambo aku tengah melahap meehoon goreng disediakan penganjur pun di candidnya😁






Isnin, 25 November 2024

Belasungkawa untuk Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab

 24 Nov 2024 - telah pulang ke rahmatullah Seniman Negara ke-7,  allahyarham Tan Sri Dato' Seri Dr. Ahmad Khan bin Nawab Khan (6 April 1932 – 24 November 2024), seorang penggubah lagu, pemain muzik serta penyanyi. Bagi aku, allahyarham merupakan seorang yang genius dalam penciptaan lagu di mana banyak lagu ciptaannya yang sedap dan evergreen hingga ke hari ini dendangan artis-artis tempatan dan luar negara yang popular dan berbakat seperti Uji Rashid, Hail Amir, Sharifah Aini, Sudirman Haji Arshad, Hetty Koes Endang, Dato' Khatijah Ibrahim, Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Broery Marantika dan ramai lagi. Semoga rohnya tenang di sana. Al-fatihah. 



Isnin, 11 Mac 2024

Back To School - 11 Mac 2024

Cuti Penggal Akhir Persekolahan sessi 2023/2024 secara rasminya berakhir semalam 10/3/2024 bagi Negeri-Negeri Kumpulan B (Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor)....dan secara rasminya hari ini - 11/3/2024 bermulanya hari pertama persekolahan sessi 2024/2025. Bermula semula hari yang sibuk, bangun seawal pagi, berlari buat itu dan ini, rutin hantar anak sekolah, jalanraya bertambah sesak dan macam-macam lagi... apsal cuti sekolah sebulan terasa begitu cepat berlalu ha ha ha

Jumaat, 8 Mac 2024

Belasungkawa Allahyarham Miji CROMOK

Alfatihah. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari kenangan zaman remaja - mengalunkan soundtrack mengiringi kehidupan zaman persekolahan sehingga menginjak dewasa. Alfatihah buatmu sang gendang CROMOK - Tarmizi Mokhtar a.k.a Miji CROMOK (6/3/2024)




Jumaat, 16 Februari 2024

LORD MORGAN - Badai Semusim






Dapat tahu tentang rilisan band ini pada tahun 2021 melalui media sosial facebook rakan-rakan tetapi hanya membelinya pada 13 Februari 2024 apabila ternampak seorang seller menjualnya di facebook...nak clear stock katanya. One man band project oleh Effendi Renata a.k.a Eric Morgan / Lord Morgan (Indonesian BM band - Dry) yang ditubuhkan pada 2013 di Surabaya, Indonesia. Namun mengikut maklumat di laman web https://www.metal-archives.com/bands/Lord_Morgan/3540442923  band ini telah menukar nama kepada NETHERBANE. Rilisan asal pada tahun 2018 ini dikeluarkan oleh Silentium in Foresta Records dalam bentuk limited edition digipak. Badai Semusim mengandungi 8 track  melodic black metal dengan corak muzik kedengaran seperti DISSECTION yang lebih mirip kepada album Storm of the Light's Bane. 

Aku punya versi jewel case remastered keluaran semula oleh  Sadist Records pada January 10, 2021. Pemuzik yang terlibat rakaman ini ialah Az'Galad: vocals, Lord Morgan: guitars, Drazgod: bass dan Varthranoch: drums.

Pertama kali melihat cover album lukisan naga aku ingatkan main power metal rupa-rupanya salah - melodic black metal! Cover album memang cantik gila!!! Ayuh dengarkan LORD MORGAN - BADAI SEMUSIM.

Jumaat, 9 Februari 2024

Dil Kya Kare

 

Sesekali dengar lagu hindustan ....asyik jugak.... Dil Kya Kare - lagu dan filem ni sangat bernostalgia huhu 😍

Gone but not forgotten...


8 Feb 2024 - Al-fatihah untuk allahyarham coach Azraai Khor Abdullah....jurulatih Kedah FA yang membawa gelaran "double-treble" bagi season 2007 & 2008. Takziah untuk seluruh ahli keluarga. 

Khamis, 4 Januari 2024

SLAYER - Reign In Blood

 


Album SLAYER yg menduduki ranking teratas katanya oleh majority website review seluruh dunia - the best ever Slayer album... Japan press. Studio album ke-3 ini dikeluarkan pada 7 October 1986. Dari lagu pertama hingga lagu terakhir - semuanya best. All killer no filler.

Selasa, 2 Januari 2024

Tahun Baru

2 January 2024 - Hari kedua di tahun baru 2023. Hari pertama masuk kerja di tahun baru setelah cuti panjang - cuti sekolah 2 minggu (aku ambil seminggu yg pertama), sabtu (30/12/2023) - ahad (31/12/2023) - isnin (1/1/2024- Cuti Tahun Baru)....hari pertama menjengah blog aku ni untuk tahun 2024... semoga tahun 2024 lebih "rajin" menulis untuk blog yang syok sendiri ni hahaha πŸ˜‚