Pengikut
Label
Ahad, 31 Disember 2023
Aris Ariwatan
Hari terakhir 2023
DADMETAL
Khamis, 28 Disember 2023
DISSECTION - Storm Of The Light's Bane
Rabu, 27 Disember 2023
Throwback - Monsters Of Metal / Konsert 2 Raksasa .... SYJ / SOFEA
1/10/2011 @ Stadium Merdeka KL- dapatla jugak tengok Sofea/SYJ comeback walaupun hanya ada Man Rani & Amir ... Monsters Of Metal 2011 / Konsert 2 Raksasa ...slot siang band metal belasah main (Humiliation, Sil Khannaz, Nuclear Strikes, Brain Dead, Al Farabi Band) & Sofea / SYJ (glamrock malaya) ...malam Sweet Charity / Blues Gang...tiket RM70 bleh tgok siang malam haha. Seperti biasa lagu-lagu hits mereka dibawakan dengan penuh tight dan permainan mantap seperti Orang Timur, Hati Syaitan, Syurga Di Hujung Jarum yang kasi angguk kepala. Show yang mantap
Throwback - Monsters Of Metal / Konsert 2 Raksasa ....Nuclear Strikes
1/10/2011 @ Stadium Merdeka KL- Monsters Of Metal... berpeluang menyaksikan band Nuclear Strikes performed. Malaysian old school 80's hardrock / heavy metal. Showmanship dan appearances memang cool. Permainan & skills mantap. Music tight. Jika anda suka band-band seperti Riot, Accept, Judas Priest dan seangkatan dengannya, inilah antara pilihan yg tepat. Saya juga ada membeli mini album mereka bertajuk Megastorm Eyes masa show ini. Hehehe
Bukit Enggang, Sik, Kedah
Namun begitu, sejak 6-7 tahun kebelakangan ni ramai masyarakat dah tahu tentang daerah Sik ni disebabkan banyak faktor.... pembinaan Empangan Beris, ladang anggur Tasik Beris, MB Kedah - Muhammad Sanusi Md Nor asal orang Sik, isu nadir bumi - rare-earth elements (REE) dan banyak lagi haha. Seperti gambar di dalam entri ni, itulah sebahagian dari Hutan Simpan Bukit Enggang haha
Daerah Sik sekarang dah banyak membangun...dah tak macam dulu zaman aku sekolah dulu, yang ada hanyalah pekan koboi yang pukul 6 petang sudah lengang dan sunyi sepi. Jika balik kampung terlepas bas jadual terakhir alamatnya menapak lah 10-15 kilometer haha.... Pekan Sik sekarang dah ada restoran KFC kalau dulu-dulu nak makan KFC perlu ke bandar Sg. Petani, sekarang dah tak perlu lagi....
Apapun setiapkali bercuti balik ke kampung halaman semua nostalgia kembali menerpa mengingatkan memori-memori indah zaman dulu....๐ข๐ข๐ข
Khamis, 21 Disember 2023
Ubi Kayu
Berbudi kepada tanah... Aktiviti balik kampung setiap kali musim cuti sekolah .. cabut ubi kayu @ tapioca... Byk kegunaannya - pucuk dia boleh celur cicah budu atau sambal belacan, ubi boleh buat lepat, ubi rebus cicah gelama masam @ kelapa parut campur sikit gula dan garam @ sambal tumis ikan bilis, goreng ubi, yg paling best batang dia boleh buat rembas atas belakang kalau anak malas pegi sekolah dulu² (aku pun pernah kena juga dgn arwah bapak aku zaman sekolah rendah dulu)๐ ๐คญ ...macam nk putus urat kentut aku cabut ni haha
Jumaat, 15 Disember 2023
Aku & muzik
Sejak zaman sekolah rendah (1984-1989), aku dihidangkan dengan pelbagai jenis muzik dari mini-compo jenama SINGER hutang kedai milik abang aku...balik sekolah je dengar dia bukak radio dan main kaset lagu-lagu pelbagai genre termasuklah rock, thrash, pop, hindustan, lagu Siam ๐, dangdut indonesia, M. Daud Kilau dan sebagainya... dia layan semua lagu haha...tapi takde harapan la nak sentuh mini compo tu dan cuba-cuba play kaset sendiri ke tekan-usik button button ke...mau kena pelempang haha...dia beli dialah conquer ๐๐๐. Masa tu tengah hangat demam rock melanda negara...zaman BOTB, Juara-Juara Rock lah katakan haha... dalam banyak2 genre tu terpaling menarik minat aku semestinya rock lah. Bukan sahaja tertarik dengan alunan lagu-lagu rock bahkan cara dressing rockers-rockers juga menarik perhatian haha. Sampaikan selalu jugak jadi perhatian kena panggil dengan Cikgu Disiplin sekolah masa perhimpunan sebab jahit seluar sekolah sendiri jadi skinny sebab nak rock punya pasal ๐ ๐
Setiapkali bila hari ada pasar malam dan pasar minggu (hari Selasa) ikut arwah emak ke pasar minggu (sebagai tukang bawak barang2 yg dibeli oleh arwah mak sebab tu boleh ikut๐), aku curi-curi singgah tempat brader-brader peniaga jual kaset kapit cetak rompak di pasar malam / pasar minggu haha. Waktu tu juga kedai-kedai kaset pun banyak tetapi kebanyakannya jual kaset cetak rompak jugak haha. Ye lah kan zaman-zaman tu yg original susah nak dapat, kalau ada pun harganya mahal ...zaman tu RM10 pun dah kira mahal la... Setiapkali ke tempat penjual kaset tu aku begitu teruja melihat gambar2 cover artwork dan poster-poster artis rock zaman tu... Paling aku ingat dan minat masa tu poster SYJ/SOFEA album Anak Liar haha. Sesekali arwah mak belanja jugak beli sekeping dua kaset kapit sebab tengok anaknya beriya membelek-belek kaset hihi. Bermula sejak dari hari itu hingga ke hari ni aku menjadi pencinta muzik tegar haha
Masuk alam persekolahan menengah, 1990-1994 aku mendapat tawaran menyambung pengajian di sekolah berasrama penuh (sekolah sains) di Taiping, Perak disebabkan keputusan cemerlang aku dalam UPSR ...rock-rock jugak beb, ini rock educated punya ๐๐. Meningkat zaman persekolahan menengah aku dah bermula berjinak-jinak dengan rock keras - heavy metal dan metal ekstrem. Ingat lagi kaset pertama aku beli - SODOM "Obsessed By Cruelty". Belajar pulak di Taiping, setiap hujung minggu dapat outing aku teruja dengan suasana mamat-mamat berbaju hitam gambar tengkorak / hantu kubur, berambut panjang, seluar skinny atau bootcut dengan kasut sneakers hi-cut....perghh memang gempaklah! Dalam hati masa tu - ini yang aku mahukan! hahaha. Silap-silap geng Brain Dead (death metal Taiping) pun ada melepak masa tu haha. Sejak dari itu dengar lagu mau yang keras saja... lagu leleh-leleh meleweh, lirik putus cinta nak mati menangis bucu katil ni memang pangkah terus hahaha. Jam tu dah mula tau istilah-istilah poser, trendy, whimp dan lain-lain haha. Pendek kata kalau member-member sekepala dapat tau kau mat trash (ejaan thrash zaman tu๐) tapi dengar lagu cinta meleweh hatta dengar Gun N Roses atau Bon Jovi pun kena f##k dan kena kutuk kaw-kaw...wakaka
Zaman menginjak pengajian tinggi (ITM Arau July 1995-awal 1998) usah dikenanglah...memang bebas sangat-sangat....rambut pun dah panjang...dressing pun kalah artis rock / metal yg ada album haha
Sekarang bila umur dah cecah 40-an, selera muzik dah berubah. Mungkin faktor umur? Walaupun tetap masih rock dan metal kental (number one @ priority) tapi aku dah mula boleh layan semua lagu yang sedap termasuklah genre-genre yang aku alergik dulu ๐. Sekarang aku ada koleksi CD, kaset, vinyl hindustan, pop, RnB, rap dan lain-lain yang sedap haha. Sampaikan ada sorang kawan zaman asrama sekolah dulu yang masih contact sampai hari ni bila dapat tau aku dengar lagu hindustan dan RnB dia cakap :"ko dah tebiat ke?"๐๐. Sekarang baru terpikir dan bersetuju dengan kata-kata seorang kawan, katanya :"dengar muzik ni ibarat makan, kau ada banyak menu atas meja yang sedap-sedap tapi kau makan 1 @ 2 jenis menu je...rugilah kau...ataupun hari-hari kau makan benda yang sama...tak jemu ke? sesekali nak jugak ubah selera!" hahahaha
Rabu, 13 Disember 2023
Malaysian Delicacy - Nasi Kerabu
Rabu, 6 Disember 2023
MAY - Dilema
Selasa, 5 Disember 2023
Disember (November) Rain?
๐ ๐ ก๐ ๐ ก
Ku terperangkap dalam kedinginan
Titisan air bercurahan
Apakah ini erti kesedihan
Pada makhluk bumi yang berkhayalan
Hujan sungguh menyejukan
Hujan banjir menakutkan
Hujan pada kehausan
Hujan lambang keagungan
Lihat awan hitam diufuk barat
Berwaspada sekelian penghuni bumi
Guruh berdentum petir menyabung
Isyarat pertama untukmu bersedia
Hujan membasahi bumi nan indah
Pak tani kegembiraan
Padanya untuk yang memerlukan
Rahmat Tuhan yang menguasai
Hujan sungguh menyejukan
Hujan banjir menakutkan
Hujan pada kehausan
Hujan lambang keagungan
๐ ๐ ก๐ ๐ ก
Isnin, 4 Disember 2023
CRUEL FORCE - 'Dawn of the Axe'
BLACK ROSE - s/t reissue CD
Ahad, 3 Disember 2023
Aktiviti weekend
-
T erdetik untuk menulis berkaitan memori ini apabila kebetulan hadir berkursus di Sg. Petani, Kedah pada 24 hingga 28 Julai 2023 baru-baru i...
-
Dilema merupakan album pertama dari kumpulan MAY yang diterbitkan pada tahun 1988 di bawah label yang banyak mengeluarkan album-album rock...
-
A lbum ke-3 dari skuad black / thrash Germany ini dikeluarkan pada 18 Ogos 2023 selepas sedekad berpecah. Aku membelinya dari sebuah dist...








.jpg)














.jpeg)

