Pengikut

Ahad, 31 Disember 2023

Menu makan malam tahun baru

Menu makan malam tahun baru 🀣🀣🀣

Aris Ariwatan

29hb Disember 2023 - hadir majlis makan malam anjuran tempat kerja. Makan menu chinese course - sedap! Yg penting dpt tengok Aris Ariwatan perform live nyanyi 5 lagu...2 lagu antaranya fav aku😍 - Lamunan Terhenti & Permaidani. Memang sedap suara dia. Meremang jugak bulu roma haha. Aris Ariwatan ni antara artis solo lelaki yg aku minat. Lagu-lagu dia banyak jugak yg best memang kena dengan gaya vokalnya - Lamunan Terhenti, Cinta Tak Kenal Siapa, Permaidani, 1 2 3 4 dan sudah tentu lagu masa dia bersama kumpulan Ariwatan - Nyanyian Rebah tahun 1989



Hari terakhir 2023

2023 yang penuh dengan kenangan...banyak suka-duka, sedih gembira, warna warni...banyak rilisan yg best² yang menjahanamkan poket πŸ˜‚ Semoga kedatangan 2024 membawa lebih rahmat dan kebaikan. 

DADMETAL

Rilisan "Dadmetal" (bapak-bapak bermain metal?πŸ˜†) oleh sebuah band yg menggelarkan diri mereka AFTERNITY. Terdiri daripada dua pemain gitar Kero & Nick manakala untuk lain² instruments dan vocal adalah sessionist / jemputan. Album yg diriliskan pada 1st April 2023 ini adalah hasil jv (joint-venture) bersama Gedebe Rekords & Kutu Berahak Records. Keluaran pertama difahamkan mengandungi 7 lagu manakala cetakan kedua ditambah bonus 2 lagu dari demo menjadikan 9 lagu dicetak dlm pro-CD dengan obi strip limited to 100 pcs katanya. Permainan technical death metal yg tight dan sedap. 9 lagu tak puas hahaha. Aku bagi 4.5/5 bintang. Antara rilisan terbaik bagi aku utk tahun 2023. 

Khamis, 28 Disember 2023

DISSECTION - Storm Of The Light's Bane

 

Album studio ke-2 DISSECTION "Storm Of The Light's Bane pada asalnya dikeluarkan pada tahun 1995. Versi aku punya ini adalah keluaran semula Jepun tahun 2006.. sayangnya obi strip hilang entah kemana huhu. Album yang mencapai status cult dan menjadi idola kepada majoriti band-band death dan black metal seluruh dunia. Lagu-lagu band dari Sweden ini memang menarik - gabungan riff melo-death metal dengan gabungan unsur atmospheric dan kegelapan black metal memang ngam. Tiada kata dapat menggambarkan permainan band ini. Sayangnya band ini telah split-up ekoran kematian tragis vox / guitarist nya, Jon NΓΆdtveidt pada tahun 2006. Apa lagi yang dapat diperkatakan tentang album yang mendapat review rating tertinggi dan terbaik bagi penggemar black/death metal seluruh dunia ini.

Rabu, 27 Disember 2023

Throwback - Monsters Of Metal / Konsert 2 Raksasa .... SYJ / SOFEA

 






1/10/2011 @ Stadium Merdeka KL- dapatla jugak tengok Sofea/SYJ comeback walaupun hanya ada Man Rani & Amir ... Monsters Of Metal 2011 / Konsert 2 Raksasa ...slot siang band metal belasah main (Humiliation, Sil Khannaz, Nuclear Strikes, Brain Dead, Al Farabi Band) & Sofea / SYJ (glamrock malaya) ...malam Sweet Charity / Blues Gang...tiket RM70 bleh tgok siang malam haha. Seperti biasa lagu-lagu hits mereka dibawakan dengan penuh tight dan permainan mantap seperti Orang Timur, Hati Syaitan, Syurga Di Hujung Jarum yang kasi angguk kepala. Show yang mantap

Throwback - Monsters Of Metal / Konsert 2 Raksasa ....Nuclear Strikes

1/10/2011 @ Stadium Merdeka KL- Monsters Of Metal...  berpeluang menyaksikan band Nuclear Strikes performed. Malaysian old school 80's hardrock / heavy metal. Showmanship dan appearances memang cool. Permainan & skills mantap. Music tight. Jika anda suka band-band seperti Riot, Accept, Judas Priest dan seangkatan dengannya, inilah antara pilihan yg tepat. Saya juga ada membeli mini album mereka bertajuk Megastorm Eyes masa show ini. Hehehe










Bukit Enggang, Sik, Kedah

 


20-30 tahun dahulu jika sebut daerah Sik, banyak orang pun tak tahu di mana tempatnya? Apa yang ada? apa yang menarik di sana? 20-30 tahun dulu Sik hanyalah sebuah daerah pendalaman, tempat jin bertendang kata orang, tak moden, hulu dan sebagainya huhu....Di daerah ni aku dilahirkan, tanah tumpah darahku, membesar dan meniti zaman persekolahan dan remaja, zaman tanpa gajet, hiburan yang ada hanyalah permainan tradisional dan sukan rakyat - batu seremban, galah panjang dan seangkatan dengannya. Hiburan yang ada hanyalah balik sekolah mandi sungai, lastik burung, sauk ikan laga @ sempilai, main pondok-pondok haha

Namun begitu, sejak 6-7 tahun kebelakangan ni ramai masyarakat dah tahu tentang daerah Sik ni disebabkan banyak faktor.... pembinaan Empangan Beris, ladang anggur Tasik Beris, MB Kedah - Muhammad Sanusi Md Nor asal orang Sik, isu nadir bumi - rare-earth elements (REE) dan banyak lagi haha. Seperti gambar di dalam entri ni, itulah sebahagian dari Hutan Simpan Bukit Enggang haha

Daerah Sik sekarang dah banyak membangun...dah tak macam dulu zaman aku sekolah dulu, yang ada hanyalah pekan koboi yang pukul 6 petang sudah lengang dan sunyi sepi. Jika balik kampung terlepas bas jadual terakhir alamatnya menapak lah 10-15 kilometer haha.... Pekan Sik sekarang dah ada restoran KFC kalau dulu-dulu nak makan KFC perlu ke bandar Sg. Petani, sekarang dah tak perlu lagi....

Apapun setiapkali bercuti balik ke kampung halaman semua nostalgia kembali menerpa mengingatkan memori-memori indah zaman dulu....😒😒😒

Khamis, 21 Disember 2023

Ubi Kayu

Berbudi kepada tanah... Aktiviti balik kampung setiap kali musim cuti sekolah .. cabut ubi kayu @ tapioca... Byk kegunaannya - pucuk dia boleh celur cicah budu atau sambal belacan, ubi boleh buat lepat, ubi rebus cicah gelama masam @ kelapa parut campur sikit gula dan garam @ sambal tumis ikan bilis, goreng ubi,  yg paling best batang dia boleh buat rembas atas belakang kalau anak malas pegi sekolah dulu² (aku pun pernah kena juga dgn arwah bapak aku zaman sekolah rendah dulu)πŸ˜…πŸ€­ ...macam nk putus urat kentut aku cabut ni haha








Jumaat, 15 Disember 2023

Aku & muzik

Sejak zaman sekolah rendah (1984-1989), aku dihidangkan dengan pelbagai jenis muzik dari mini-compo jenama SINGER hutang kedai milik abang aku...balik sekolah je dengar dia bukak radio dan main kaset lagu-lagu pelbagai genre termasuklah rock, thrash, pop, hindustan, lagu Siam 😁, dangdut indonesia, M. Daud Kilau dan sebagainya... dia layan semua lagu haha...tapi takde harapan la nak sentuh mini compo tu dan cuba-cuba play kaset sendiri ke tekan-usik button button ke...mau kena pelempang haha...dia beli dialah conquer πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Masa tu tengah hangat demam rock melanda negara...zaman BOTB, Juara-Juara Rock lah katakan haha... dalam banyak2 genre tu terpaling menarik minat aku semestinya rock lah. Bukan sahaja tertarik dengan alunan lagu-lagu rock bahkan cara dressing rockers-rockers juga menarik perhatian haha. Sampaikan selalu jugak jadi perhatian kena panggil dengan Cikgu Disiplin sekolah masa perhimpunan sebab jahit seluar sekolah sendiri jadi skinny sebab nak rock punya pasal πŸ˜…πŸ˜†

Setiapkali bila hari ada pasar malam dan pasar minggu (hari Selasa) ikut arwah emak ke pasar minggu (sebagai tukang bawak barang2 yg dibeli oleh arwah mak sebab tu boleh ikutπŸ˜€), aku curi-curi singgah tempat brader-brader peniaga jual kaset kapit cetak rompak di pasar malam / pasar minggu haha. Waktu tu juga kedai-kedai kaset pun banyak tetapi kebanyakannya jual kaset cetak rompak jugak haha. Ye lah kan zaman-zaman tu yg original susah nak dapat, kalau ada pun harganya mahal ...zaman tu RM10 pun dah kira mahal la... Setiapkali ke tempat penjual kaset tu aku begitu teruja melihat gambar2 cover artwork dan poster-poster artis rock zaman tu... Paling aku ingat dan minat masa tu poster SYJ/SOFEA album Anak Liar haha. Sesekali arwah mak belanja jugak beli sekeping dua kaset kapit sebab tengok anaknya beriya membelek-belek kaset hihi. Bermula sejak dari hari itu hingga ke hari ni aku menjadi pencinta muzik tegar haha

Masuk alam persekolahan menengah, 1990-1994 aku mendapat tawaran menyambung pengajian di sekolah berasrama penuh (sekolah sains) di Taiping, Perak disebabkan keputusan cemerlang aku dalam UPSR ...rock-rock jugak beb, ini rock educated punya πŸ˜ŽπŸ™Š. Meningkat zaman persekolahan menengah aku dah bermula berjinak-jinak dengan rock keras - heavy metal dan metal ekstrem. Ingat lagi kaset pertama aku beli - SODOM "Obsessed By Cruelty". Belajar pulak di Taiping, setiap hujung minggu dapat outing aku teruja dengan suasana mamat-mamat berbaju hitam gambar tengkorak / hantu kubur, berambut panjang, seluar skinny atau bootcut dengan kasut sneakers hi-cut....perghh memang gempaklah! Dalam hati masa tu - ini yang aku mahukan! hahaha. Silap-silap geng Brain Dead (death metal Taiping) pun ada melepak masa tu haha.  Sejak dari itu dengar lagu mau yang keras saja... lagu leleh-leleh meleweh, lirik putus cinta nak mati menangis bucu katil ni memang pangkah terus hahaha. Jam tu dah mula tau istilah-istilah poser, trendy, whimp dan lain-lain haha. Pendek kata kalau member-member sekepala dapat tau kau mat trash (ejaan thrash zaman tu😝) tapi dengar lagu cinta meleweh hatta dengar Gun N Roses atau Bon Jovi pun kena f##k dan kena kutuk kaw-kaw...wakaka

Zaman menginjak pengajian tinggi (ITM Arau July 1995-awal 1998) usah dikenanglah...memang bebas sangat-sangat....rambut pun dah panjang...dressing pun kalah artis rock / metal yg ada album haha

Sekarang bila umur dah cecah 40-an, selera muzik dah berubah. Mungkin faktor umur? Walaupun tetap masih rock dan metal kental (number one @ priority) tapi aku dah mula boleh layan semua lagu yang sedap termasuklah genre-genre yang aku alergik dulu πŸ˜†. Sekarang aku ada koleksi CD, kaset, vinyl hindustan, pop, RnB, rap dan lain-lain yang sedap haha. Sampaikan ada sorang kawan zaman asrama sekolah dulu yang masih contact sampai hari ni bila dapat tau aku dengar lagu hindustan dan RnB dia cakap :"ko dah tebiat ke?"πŸ˜πŸ˜‚. Sekarang baru terpikir dan bersetuju dengan kata-kata seorang kawan, katanya :"dengar muzik ni ibarat makan, kau ada banyak menu atas meja yang sedap-sedap tapi kau makan 1 @ 2 jenis menu je...rugilah kau...ataupun hari-hari kau makan benda yang sama...tak jemu ke? sesekali nak jugak ubah selera!" hahahaha


Rabu, 13 Disember 2023

Malaysian Delicacy - Nasi Kerabu

 


Nasik kerabu (rice to wednesday?πŸ˜†). Hari ni terlewat ke tempat kerja ...tak sempat makan ...terpaksa rushing masuk kerja apa2 pun kena sampai ofis secepat mungkin...nanti big boss sampai dulu mata menjeling sambil mulut moncong...haha ...sampai di ofis minta kerani sepejabat tapaukan ...ok la nasik kerabu ayam bakar ni not bad ...sedap ...harga pun mampu milik haha RM8.50 sebungkus 

Rabu, 6 Disember 2023

MAY - Dilema

 


Dilema merupakan album pertama dari kumpulan MAY yang diterbitkan pada tahun 1988 di bawah label yang banyak mengeluarkan album-album rock pada zaman itu, Warnada Sdn. Bhd. Kiranya album ini selepas mereka menyertai Battle Of Rock 1986 dan kompilasi Juara-Juara Rock la.... banyak jugak terbaca penulisan-penulisan yang selalu tersalah tulis tajuk album ni sebagai "Delima" - dah macam nama buah pulak tulisnya...haha. Zaman ni dressing MAY memang maut...heavy metal habis ... logo band pun macam ada pengaruh band2 thrash sikit haha...Suara Mus masa ni tak berapa power sangat bagi aku...tapi makin lama makin power suaranya...antara vokalis rock terhebat tanahair kiranya.... kaset aku ni keluaran semula, bukan cetakan pertama...dulu pernah beli dah tak tahu mana lesapnya... nak dapatkan yg 1st press harga keras gila haha...jadilah asalkan berbunyi😁. CD pun keluaran semula... zaman keluaran album ni kira zaman-zaman demam rock sedang hangat melanda seMalaya haha... masa album ni rilis aku sekolah rendah Darjah 5...balik sekolah bukak radio lagu "Sketsa Sebuah Cinta" la selalu masuk radio...kita pun hari-hari dengar sampai hafal lagu dan kenal ooo...ni kumpulan MAY...haha ...MAY antara idola aku jahit seluar sekolah jadi skinny dan selalu kena panggil dengan Cikgu Disiplin masa perhimpunan di sekolah dulu hahaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Selasa, 5 Disember 2023

Disember (November) Rain?



4 Disember 2023, 6.30 p.m hingga 8.30 p.m tersangkut hujan lebat semasa balik kerja di bawah tunnel jalan Masjid Negara - Dataran Merdeka ...tengok handphone layan lagu youtube lalu kat wall lagu "Hujan" - SOFEA / SYJ... eh! macam tau-tau pulak hahaπŸ˜‚

𝅘𝅥𝅮𝅑𝅘𝅥𝅮𝅑 

Ku terperangkap dalam kedinginan

Titisan air bercurahan

Apakah ini erti kesedihan

Pada makhluk bumi yang berkhayalan


Hujan sungguh menyejukan

Hujan banjir menakutkan

Hujan pada kehausan

Hujan lambang keagungan


Lihat awan hitam diufuk barat

Berwaspada sekelian penghuni bumi

Guruh berdentum petir menyabung

Isyarat pertama untukmu bersedia


Hujan membasahi bumi nan indah

Pak tani kegembiraan

Padanya untuk yang memerlukan

Rahmat Tuhan yang menguasai


Hujan sungguh menyejukan

Hujan banjir menakutkan

Hujan pada kehausan

Hujan lambang keagungan

𝅘𝅥𝅮𝅑𝅘𝅥𝅮𝅑

Isnin, 4 Disember 2023

CRUEL FORCE - 'Dawn of the Axe'

 

Album ke-3 dari skuad black / thrash Germany ini dikeluarkan pada 18 Ogos 2023 selepas sedekad berpecah. Aku membelinya dari sebuah distro tempatan dari Kedah melalui pos pada 22 Oktober 2023. Album baru, logo band pun baru (mungkin sebab reformed semula taknak pakai logo lama lagi😁). Band ini ditubuhkan pada 2008, berpecah pada 2012 dan formed semula pada 2022. Masih mengekalkan gaya teutonic thrash old school 80-an yang mementingkan kelajuan ditambah dengan 'perisa' lebih kegelapan. Kedengaran seperti old-Sodom, old-Slayer dan seangkatan dengannya. Memuatkan 9 lagu termasuk 2 lagu instrumental dengan riff-riff dan paduan ketukan drum yang menghentam gegendang telinga tanpa henti. Kebiasaannya kelahiran dari Germany memang jarang mengecewakan! Highly recommended!!! 

BLACK ROSE - s/t reissue CD

 


CD Black Rose ini direissue semula pada 17 Nov 2023 dengan remastered oleh Tok Akeem. Mula kenal band Black Rose ni sejak 1991 sewaktu Tingkatan 2 ..apa tidaknya hari2 lagu "Penantian" dengan "Cinta Abadi" keluar radio...band boys pulak hensem-hensem ramai pulak ciki yg tak minat rock pun jadi minat haha. Band ala2 american glam rock gaya Poison, Bon Jovi, GnR...etc. Ada juga membeli kaset pada masa tu guna wang saku sekolah πŸ˜† malas nak selongkar gerobok cari. Dua perkara yang paling aku ingat pasal band ni; pertama; ialah sewaktu Juara Lagu 1991, aku ada tengok siaran langsung TV3 masa tu. Black Rose masuk juga sebagai finalist melalui lagu "Penantian" tapi aku dengar memang hancus...macam lari tempo je...start2 intro aku dengar dh macam janggal...tak masuk...vokal Ajin pun lari tune...cerita yg aku dengar masa tu ye lah macam kebanyakan band2 rock lain pada masa tu...nak cut cost dan siapkan recording cepat nak jual maka pakailah khidmat pemuzik sessionist yang profesional dan berpengalaman..cepat siap recording boleh cut cost studio dan lain-lain...maklumlah banyak record label bersaing ...bila main live hancuss sebab orang lain yg main (entahlah)...cerita kedua ada terbaca di majalah hiburan tempatan waktu tu salah sorang band membersnya bertumbuk dengan artis lain...huhu...ntah betul atau tidak.. maklumlah zaman tu gossip artis memanglah peminat2 fanatik gemor nak baca haha😁

By the way, pembelian cd ni memang berbaloi dengan harganya RM32.90...aku preorder terus dari seorang kawan distro dari Kedah bila dengar sound remastered oleh Tok Akeem...memang berbaloi...sound meletup...yang versi reissue 2016 memang hampeh! sound tenggelam...aku buang cd tu sebab kecewa haha. Keseluruhan lagu-lagu dalam album ni memang best... ramai orang kenal band ni sebab tau lagu "Penantian" dengan "Cinta Abadi" dulu-dulu kerap keluor radio hahaπŸ˜†

Ahad, 3 Disember 2023

Aktiviti weekend

Hari minggu jika tak kemana² lepas "paksa" diri buat² rajin tolong bini kemas rumah serba sikit...layan lagu lah apa lagi 🀣

Khamis, 30 November 2023

RUSTY BLADE - 786 Ikrar Perwira

 

Piring ini rilis pada 16 Mei 2016 tapi aku baru saja membelinya dari seorang rakan Distro di Campbell Complex, KL pada 24 Nov 2023 aritu. Memang puashati 5 lagu yg ada dalam keluaran ni...semuanya best-best. Vocal J. Yantzen memang kena la dengan muzik Rusty Blade. Pemuzik dalam kumpulan ni pun bukan kaleng-kaleng πŸ˜†. Memang tak dapat dinafikan Rusty Blade digelar "Iron Maiden Singapore". Aku bagi 4.9/5 ⭐ hehehe

Khamis, 23 November 2023

MAX - Anugerah ....kembalinya muzik rock era 80an

 


Album MAX - Anugerah ni dibeli melalui pos dari tangan Man MAX sendiri pada 1 Ogos 2023 lalu. Package lengkap dengan poster saiz besar, poskad dan CD digipack lengkap dengan autograf semua ahli-ahli MAX. Menariknya sound album MAX ni masih mengekalkan permainan rock lama era 80an bukan macam album-album poprock meleweh frust menonggeng putus cinta πŸ™Šmacam kebanyakan band melayu poprock selepas era 1994 ke atas. Vokal AG dalam album ni kira ok la walaupun awal-awal kemunculannya bersama MAY dikatakan copypaste terikut gaya MUS penyanyi asal MAY . Oney (ex-LIPAN BARA / ex-MAY / Jump-P) dalam album ni bermain gitar dan ada menyumbangkan suara juga. Permainan gitar Lan Taroo memang tak dapat dinafikan laa apatah lagi dengan ketukan drum Man dan bassist mereka. Memang kena dengan citarasa telinga aku. Ulasan aku untuk album ni secara keseluruhannya memang aku sangat suka. Poster pun cun! Yang mahal tu otograp laa... haha.πŸ˜›πŸ˜›

Selasa, 21 November 2023

KFC CREW



1998 - baru grad dari ITM Arau jurusan Business Studies... Ingat diploma holder boleh la kerja pegawai bank ataupun executive di mana² kompeni, duduk sila panggung dlm ofis ekon namun akibat kegawatan ekonomi masa tu 1997-1998, terpaksalah kerja part time di KFC dibayar rm3.00 per hour.... Mula masuk kerja, diberi jawatan dipanggil "Buzzer" - tugas aku mop lantai, clear meja, cuci tandas sejam sekali, bila orang order apa² lambat sikit cashier bagi tag number dan selepas order ready cashier tekan loceng yg berlari pegi amik dan hantar kat customer tu aku lah tu πŸ˜‚...spray dan lap cermin pintu yg ada thumbprints...budak² kecik suka sgt pegang pintu cermin lekat cap jariπŸ˜‚...nk ngurat awek pun awek jeling je sambil berkata dlm hati : "keje mop lantai ada hati nk try aku! Huh!" Belom kira lagi family dtg bawak anak² dine-in muntah berterabur atas meja...aku ler yg lap tu sampai aku termuntah sekali 🀣Kekadang rasa sedih jgk belajo tinggi2 ada diploma keje mop lantai, lap muntah orang, cuci jamban hahaha.... tahun 90an diploma ITM kira top ranking jugak la πŸ˜‚Arwah mak bapak kat kampung masa tu mana ler paham bab² ekonomi gawat ni...kate deme "apalah hang ni belajaq tinggi² pi kerja goreng ayam!"  Bukan menghina tp nk sruh keje yg berpadanan dengan kelulusan akademik dan berbaloi dengan wang belanja pengajian yg dh banyak habis...🀣 huhu. Hampir 3 tahun jugak bekerja sebagai KFC Crew, sampai lah dh pandai tukar jd Cashier, Cook (tukang masak) sampai jd antara pekerja yg paling senior merangkap "ketua pekerja tanpa tauliah"πŸ˜† mcm Store Supervisor la kiranya. Kalau Restaurant Manager takde aku boleh running outlet tanpa kehadiran Manager.... Hari-hari cuti umum agak sukar nak apply cuti kerana time orang semua bercuti atau musim-musim perayaan time tu lah kompeni nak buat sales tinggi dan collection yang tinggi... haha. Kerap terjadi lagi seminggu nak gaji, duit dalam poket tinggal RM5 terpaksalah ikat perut minum air paip😭😭 ....Apapun masa ni tgh gila thrash, hati tetap kental haha... Those were the days 🀣🀣🀣

Jumaat, 17 November 2023

RAKAMAN SEMULA OLEH BEKAS-BEKAS AHLI SEPULTURA?

2 lagu SEPULTURA - Troops Of Doom & Bestial Devastation dirakamkan semula oleh bekas-bekas ahli SEPULTURA setelah form 2 band berlainan - CAVALERA (Max & Igor) & THE TROOPS OF DOOM (Jairo). Yg mana pilihan anda? 🀣





Ahad, 27 Ogos 2023

Lucky Draw ...ada tuahnya

25hb Ogos lalu aku hadir Majlis Jamuan Makan Malam farewell dinner untuk boss aku yg bersara wajib di Hotel Seri Pacific KL. Yang best biasalah ada makan², hiburan nyanyian tari menari dan yg terpaling best adalah cabutan bertuah a.k.a lucky draw... Memang ada luck aku malam tu tapi hampir² jugak melepas sebabnya bila cabutan dibuat nama pemenang akan dipanggil sebanyak 3x kalau xde dtg tuntut nama lain pulak dibuat cabutan....melepas lah jawabnya...biasalah kekadang ada yg balik awal sebab ada hal tak dapat elak ataupun ada yg ambik kesempatan curi-curi balik awal πŸ˜‚...time aku pegi tandas pulak nama aku dipanggil ha ha...nasib baik alasan diterima...anak buah tolong ambikkan ....dapatlah set alas tidur macam "toto" moden mudah alih beserta 2 bijik bantal...ok lah tu kalau nk beli mahal jugak...benda free kan ...rezeki 😁

Khamis, 24 Ogos 2023

Petai

 Kebetulan pergi ke Pasar Malam berdekatan rumah baru-baru ni membeli petai untuk dimasak sambal petai campur udang (feveret aku sambal petai campur udang @ ikan bilis). 3 keping RM7 ...mahal nak mampus haha . Teringat sewaktu tahun-tahun 90an dulu sewaktu cuti sekolah yang panjang bersama 4-5 orang kawan masuk hutan, naik bukit turun bukit mencari petai hutan untuk dijual apabila setiapkali tiba musimnya... petai yang dipetik diikat 100 keping-100 keping seperti di dalam gambar. 100 keping dijual kepada peraih RM40-50 saja... jika difikirkan memang tak berbaloi kerana mengusung (dengan cara mengandar) petai keluar dari hutan, berjalan berjam-jam naik bukit turun bukit, meredah hutan tebal, dikejar babi hutan, disengat penyengat dan lain-lain ...pernah jugak kami terjumpa kesan tapak kaki seperti tapak kaki pak belang hu hu 😨..tapi itulah yang mengajar erti hidup...betapa sukarnya mencari wang...itulah apa yg dilalui oleh mak bapak kita yg bekerja kampung membesarkan anak-anak. 

Aku dulu dengan kawan-kawan sambil-sambil masuk hutan mencari petai ...apa saja yg dijumpai yg boleh dijual dan mendatangkan hasil seperti rotan, buah-buahan hutan seperti jering dan kerdas atau apa-apa saja yg boleh dijual memang kami belasah juga ha ha... Kini setelah berpuluh tahun menamatkan pengajian dan bekerja serta berhijrah ke negeri lain memang sudah lama tak melakukan aktiviti sebegini ....apapun ini memori dan pengalaman hidup yang sangat bernostalgia πŸ˜€

By the way, duit yg dapat hasil jualan petai dibahagi samarata dengan kawan2 lain yg ikut serta..lepas tu pergi bandar perabis beli kaset rock / metal...😁




Selasa, 22 Ogos 2023

Metallica Live in KL sedekad yang lalu

Pada tarikh 21hb Ogos 2013, sepuluh tahun yg lalu merupakan tarikh bersejarah bagi aku sebagai salah seorang pemuja muzik Metallica. Apa tidaknya 2-3 bulan sebelum itu mendengar khabar bahawa band pujaan kepada peminat-peminat muzik metal dan rock, Metallica akan datang membuat persembahan di Kuala Lumpur. Aku yg menyimpan cita-cita sejak zaman sekolah untuk melihat persembahan live band pujaan aku ni mmg berasa amat teruja. Aku yg pada masa itu bertugas di Perak terus mengirim duit kepada rakan yg berada di Kuala Lumpur meminta tolong untuk membeli tiket. Takut sold out!😁 Maklumlah pertama kali dalam sejarah band heavy metal / thrash ini datang ke Malaysia... Almaklumlah penerimaan & pandangan masyarakat Malaysia terhadap muzik metal @ rock barat yg sangat skeptikal melabel muzik rock / metal barat ini kononnya melanggar tatasusila dan norma-norma ketimuran katanya ...kalau ikutkan boleh saja kalau nk tengok Metallica perform live ni boleh ke negara jiran seperti Singapore atau Indonesia...tapi itulah banyak belanjanya membuatkan aku berfikir banyak kali.

Tiket berharga RM198.00 free standing. Duduknya jauh nun di atas bukit ha ha ..tak kisah janji dapat tengok Metallica... Aku datang ke KL dari Perak sehari sebelumnya menumpang tidur di rumah saudara di Kajang. Hari kejadian dihantar oleh saudara aku ke Stadium Merdeka. Disebabkan kesesakan lalulintas aku terlewat masuk ke stadium dan opening band Cromok dah habis main...ruginya tapi takpe niat asalnya nak tengok Metallica kan...start je pakcik Hetfield bercakap atas stage memulakan slot mereka aku dah meremang bulu roma ha ha....headbang mengikut alunan lagu dimainkan tanpa henti...sound system memang padu habis. Aku betul-betul enjoy. Yang bestnya Metallica ni memang ramai peminatnya. Bukan golongan peminat metal / rock je, aku perhatikan yg berdiri sebaris dengan aku amoi-amoi Cina yg dressingnya tak thrash / metal pun turut sing-a-long lagu2 Metallica!

Memang aku puas hati. Balik dari stadium baju basah berpeluh. Singgah kedai beli Yoko-Yoko sapu kat bahu dan leher ...lepas geram headbang tak berhenti lah katakan sampai sakit urat-urat leher😝. Harap mereka dapat datang lagi ke Malaysia. πŸ˜‰

          Tolong belikan untuk member sekali total 5 keping tix...